PENGERTIAN MUKJIZAT
1. Mukijizat ialah perkara luarbiasa yang dikurniakan Allah SWT kepada Nabi dan Rasul.
2. Tujuannya adalah untuk membuktikan kebenaran disamping melemahkan musuh-musuh Allah SWT.
Jenis-jenis mukjizat | |
Mukjizat hiisi ( معجزة حسي) | Mukjizat Maknawi ( معجزة معنوي ) |
Mukjizat yang dapat dilihat dengan pancaindera Contohnya 1.Bulan terbelah dua. 2.Awan memayungi Nabi Muhammad saw. | Mukjizat yang tidak boleh dilihat dengan pancaindera tetapi boleh di- ketahui dengan menggunakan kekuatan atau ketajaman akal fikiran. Contohnya: 1. Kitab suci al-Quran 2.Peristiwa Israk dan Mikraj. |
Tujuan Allah kurniakan Mukjizat kepada para Rasul | |
1.Untuk menunjukkan kekuasaan Allah | 2.Untuk melemahkan pihak musuh |
3.Untuk membuktikan kebenaran risalah yang dibawa oleh Rasul | 4.Untuk membenarkan kenabian dan kerasulan Nabi dan Rasul |
5.Untuk menjawab soalan dan menyahut cabaran. | 6.Untuk memelihara kemuliaan para Rasul dan menolong mereka. |
7.Untuk meyakinkan orang kafir akan kebenaran Islam dan mendorong mereka agar memeluk Islam. | 8.Untuk Meyakinkan umat Islam sendiri akan kebenaran agama mereka. |
CONTOH-CONTOH MUKJIZAT NABI
NABI | CONTOH MUKJIZAT |
1.Nabi Muhammad saw. | a) Awan terbelah dua ( Hissi ) b) Air keluar daripada celah-celah jari baginda ( Hissi ) c) Matahari terhenti apabila ditunjuk ( Hissi) d) Awan memayungi baginda ( Hissi ) e) Makanan yang sedikit mencukupi bagi orang yang ramai ( Hissi ) f) Peristiwa Israk dan Mikraj ( Maknawi ) g) Kitab suci al-qur’an (Maknawi) |
2. Nabi Isa a.s | 1. Menghidupkan orang telah mati ( Hissi ) 2.Mencelikkan orang buta ( Hissi) 3.Menyembuhkan penyakit sopak (Hissi ) 4.Menghidupkan burung yang dibuat daripada tanah ( Hissi ) |
3.Nabi Musa a.s | a) Tongkatnya bertukar menjadi ular yang besar ( Hissi ) b)Tongkatnya membelah Laut Merah (Hissi ) |
4.Nabi Ibrahim a.s | 1.Api menjadi sejuk ( Hissi ) 2.Tidak hangus dibakar( Hissi ) |
5.Nabi Daud a.s | a)Boleh melembutkan besi dengan tangannya ( Hissi ) b)Memiliki suara yang sangat merdu (Hissi) |
6.Nabi Sulaiman a.s | 1. Memahami bahasa binatang (Hissi ) 2.Jin patuh arahannya ( Hissi ) 3.Boleh bergerak sepantas angin ( Hissi ) |
7.Nabi Soleh a.s | Mengeluarkan unta daripada batu (Hissi ) |
8.Nabi Yusuf a.s | Bijak mentafsir mimpi ( Hissi) |
9.Nabi Yunus a.s | Selamat keluar daripada perut ikan Nun (Hissi ) |
10.Nabi Nuh a.s | Bahteranya tidak hangus dibakar (Hissi ) |
BY NURUL AYUMI BINTI SAAD
Menyembuh mata orang buta hissi atau maknawi
ReplyDeletehissi...mukjizat nabi isa a.s 😊
Deletemelibatkan matahari terbenam hissi atau maknawi
ReplyDeleteContoh mukjizat maknawi apa?
ReplyDeleteBoleh tolong terangkan.
Contoh mukjizat maknawi Al-Quran, isra' mikraj
DeleteKitab suci Al-Quran
DeleteContoh mukjizat maknawi apa
ReplyDeleteAl-Quran..mukjizat Maknawi hanya boleh dilihat dengan menggunakan akal yg tajam atau lebih tepat mesti berfikir
Deleteboleh tlg bagitahu 2 contoh mukjizat maknawi
ReplyDeleteal-quran dengan peristiwa israk mikraj
DeleteMelambatkan matahari terbenam hissi ke maknawi
ReplyDelete