Sunday, December 26, 2010

ADAB MENZIARAHI ORANG SAKIT

a) Jangan duduk terlalu lama ketika menziarahi pesakit kerana perbuatan itu mungkin mengganggu pesakit yang hendak rehat, disarankan dengan bersederhana. Kekerapan boleh dilakukan selang sehari jika keadaan pesakit itu baik.

b) Hendaklah disentuh dan pegang tangannya serta letakkan tangan didahinya dan tanya tentang penyakit serta keadaannya sekarang.

c) Hendaklah kita doakan agar cepat sembuh dengan menyebut: Semoga Allah menyembuhkan ....(sebut namanya).

d) Doakan dan ceritakan tentang kelebihan sakit yang dialami oleh para sahabat, Rasul, Nabi dan juga orang beriman supaya pesakit itu tidak merasa resah gelisah terhadap kesakitan yang dialaminya.

e) Berikanlah nasihat-nasihat yang baik. Serta ucapkan perkataan 'sabarlah sakit ini adalah satu ujian Allah dan cubaan semata-mata di atas ketakwaan seseorang terhadap Allah kerana sakit ini juga seseorang memperolehi ganjaran pahala yang banyak'.

f) Jangan makan makanan yang dihadiahkan kepadanya atau makanan yang telah disediakan untuknya. Sekiranya kita makan makanan tersebut, hilanglah pahala ibadat ziarah itu.

g) Sunat dibacakan doa untuknya yang bermaksud:"Ya Allah hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia sembuhkanlah. Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada sembuhan melainkan sembuhan dari Mu jua sesuatu sembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit" . (At-Tarmizi)

h) Disunatkan orang yang menziarahi pesakit berdiri di sebelah kepala pesakit.

i) Mengingatkan pesakit tentang syahadah jika ia sedang nazak.
wrote by Nurjannah Naema bt Nasir

No comments:

Post a Comment