Sunday, December 12, 2010

Adab Terhadap Rakan

Pengertian rakan ialah orang yang berdamping rapat dengan kita dan sanggup menghadapi kesusahan dan kesenangan bersama.


Adab bercakap dengan rakan :
(a) Menggunakan bahasa yang sopan.
(b) Tidak meninggikan suara.
(c) Butiran percakapan yang tidak menyinggung perasaan.


Kebaikan mengamalkan adab bercakap dengan rakan :
(a) Disayangi Allah.
(b) Disukai kawan.
(c) Dihormati.
(d) Disenangi kawan.



Keburukan tidak mengamalkan adab bercakap dengan rakan :
(a) Dimurkai Allah.
(b) Dicemuh kawan.
(c) Dipulaukan.
(d) Sukar pergaulan.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:


Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga dia mengasihi saudaranya (yang mukmin)
sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri...(riwayat al-bukhari).


Lazimnya manusia tidak boleh hidup bersendirian, sebaliknya memerlukan teman atau kawan dalam menjalani liku-liku kehidupan seharian. Teman atau kawan ialah orang yang paling rapat dengan kita selain ibu bapa dan keluarga, lebih-lebih lagi rakan sebaya. Rakan atau sahabat yang baik adalah tempat kita berbicara, meluahkan sesuatu masalah dan sebagainya.
Oleh itu, dalam soal berkawan kita hendaklah menghormati kawan dengan cara memberi kerjasama atau pertolongan apabila diperlukan, menyuruh sahabat atau kawan melakukan kebaikan dan taat kepada perintah Allah sekiranya kawan tersebut terpesong dari lunas-lunas kehidupan yang sebenar, bersopan santun ketika bercakap dengan rakan kita dan janganlah terlalu banyak bergurau kerana gurauan yang melebihi batas akan mengaibkan kawan dan seterusnya mencetuskan pergaduhan.
Buat kawan-kawan ku, hendaklah kita sentiasa mengamalkan sikap mudah memberi senyuman dan bertegur sapa apabila bertemu serta tidak menaruh sangkaan buruk terhadap rakan, apabila rakan melakukan kesalahan, kita hendaklah menegur dan menasihatinya dengan cara yang baik.
Dalam menjalani kehidupan berkawan seharusnya kita mengelakkan diri dari bersikap sombong dan angkuh dengan kelebihan sendiri, suka menyakiti hati sahabat, menghina rakan yang mempunyai taraf kehidupan yang rendah, mengaibkan rakan dikhalayak ramai dan mementingkan diri sendiri serta tidak mempunyai belas kasihan terhadap rakan yang dalam kesusahan...


wrote by farhana

1 comment:

  1. Slot777 Casino Site & Review ᐈ 100% up to - Lucky Club
    This online casino has been on the market since 2019. This casino 카지노사이트luckclub is licensed and regulated by the Malta Gaming Authority (MGA), which has many licenses  Rating: 4.5 · ‎Review by Lucky Club

    ReplyDelete