Sunday, December 12, 2010

AKHLAK: Adab terhadap ibubapa

Konsep ibubapa
-Kasih sayang merupakan tunggak kepada ketenangan hidup dalam keluarga
-Ibu bapa ialah org yang paling rapat dgn anak-anak dan merupakan org bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik anak hingga dewasa
-Pengorbanan ibubapa amat besar. Anak wajib taat kepada ibubapa
-Dalil al-Quran;

Maksudnya:
'Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)'.

Sebab-sebab wajib berbakti kepada kedua ibu bapa:
1. Akan beri ganjaran pahala dan ampunkan dosa
2. AllahSuka dan reda kepada orang yg berbakti kepada ibu bapa

Kita juga wajib berbakti kepada ibu bapa kerana;
-Amalan ini tuntutan agama
-Untuk kita membals jasa ibu bapa kita
-Supaya anak kita akan berbakti kepada kita pula
-Menjamin keutuhan sistem kekeluargaan

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA
#Berdoa dan memohon ampun untuk mereka
#Berbuat baik kepada rakan mereka
#Taat perintah mereka selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak
#Merendah diri dan menghormati mereka
#Berbakti kepada mereka pada bila-bila masa

ADAB TERHADAP IBU BAPA
1. PERCAKAPAN
*Bercakap dgn hormat dan sopan santun
*Merendahkan suara dihadapan mereka
*Menumpukan perhatian ketika mereka bercakap
*Menunjukkan muka yang manis ketika berkomunikasi
*Menggunakan bahasa yang baik ketika bercakap

2. PERGAULAN
*Berdiri untuk memberi hormat kpd mereka
*Memberi hormat semasa bertemu dgn mereka
*Mencium tangan mereka sebelum ke sekolah dan sebelum tidur
*Jangan mendahului mereka ketika menjamah makanan
*Jangan melunjurkan kaki ke arah mereka ketika duduk

CARA BERBAKTI KEPADA IBU BAPA
1. SEMASA HIDUP
*Menjaga mereka semasa tua dan sakit
*Memberi nafkah kepada mereka
*Selalu menziarahi mereka sekiranya tidak tinggal bersama-sama
*Mendoakan kesejahteraan mereka

2. SEMASA SUDAH MENINGGAL
*Selalu mendoakan mereka
*selalu menziarahi kubur mereka
*mensedekahkan ayat-ayat Quran untuk mereka.

Penghayatan

1. Patuh dan taat kepada ibu bapa
2. Berdoa untuk kesejahteraan ibu bapa selepas solat
3. Berbakti kepada ibu bapa dengan sebaik-baiknya


uji minda!!!!
1. Nyatakan konsep keibubapaan menurut Islam
2. Senaraikan tiga sebab anak perlu berbakti kepada ibu bapa
3. Terangkan cara berbakti kepada ibu bapa
I. semasa mereka hidup
II. semasa telah meninggal dunia
4. Huraikan dua akibat anak yang derhaka terhadap ibu bapa
5. Bagaimanakah anda dapat menunjukkan kasih sayang kedua-dua ibu bapa

nurul ayumi binti saad

No comments:

Post a Comment